Tuesday, May 11, 2010

Kembali


kembali bangkit sang arjuna,

dari lena yang lama,

tubuh mu walau lesu namun masih bernyawa,

meredah perit yang menyiksa,


kau kembali dengan semangat,

kau bangkit dengan dengan matlamat,

kau arjuna sakti paramiswara,

menegak tiang kasih rasa,


walau masih sakit kau menuju jendela,

berhenti seketika menghurup udara segar,

setiap hirupanmu,

kau merasa ia berlegar terus ke hati,

di situ kau sedar kau belum mahu mati,


maka terus kehadapan,

mencantas segala cabaran,

kerana kau arjuna,

gagah lagi perkasa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home