Sunday, May 16, 2010

Bagai hantu

kemana sahaja aku pergi,
kau pasti ada di sana,
lemas dadaku ini,
rimas diri ini,

aku mahu kau pergi dariku,
hentikan keperitan ini,
aku ingin bebas dari sangkar ini,
aku ingin diriku kembali,

tiada lagi keraguan,
tiada lagi kerisauan,
tiada lagi tanda tanya,
tiada lagi keinginan,

setiap pagi kau menghantuiku,
setiap petang kau mengganggu mindaku,
setiap malam kau menyiksaku,
setiap hari kau sakiti ku,

Ini harus berhenti,
kerana aku tidak tahan lagi,
kau sentiasa menghantui diri ini,
pergi kau dari sisi,
pergi kau dari diri ini.

1 Comments:

Blogger f.i.e.z.a said...

nice n really shows how u feel inside

May 17, 2010 at 2:59 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home