Thursday, March 24, 2011

Dunia Yang Nyata

Ada ketika kau berbicara lembut,
ada ketika kau menjadi dingin,
aku tidak faham apa yang kau mahu,
aku lebih suka jika kau diam,

adakah kau takut?,
bicara kita berubah menjadi sejarah,
adakah kau keliru,
dalam perdebatan hati,

aku mampu berdiri,
kerana dia ada disisi,
aku tahu kau takut,
tapi semua sejahtera,

Jangan risau,
bumi ini masih ada,
tanah ini masih segar,
kerana aku telah sedar.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home