Tuesday, October 18, 2011

Kerna ini aku diam (kerna sayang!)


aku tahu ia pasti berlaku,
aku tahu hatimu pasti panas,
itu baru nuklihatku,
belum lagi suaraku,
walau niataku tidak untuk menyakiti,
aku bagi mu virus yang mengganggu,
maaf jika kata-kata ku menyakiti hatimu,
maaf jika laku ku meluka hatimu,
tiada niat langsung,
marahlah aku,
bencilah aku,
aku ini hanya sampah yang berselerak minda mu,
siapa aku,
aku tiada makna dalam kamus hidupmu,
aku hanya entiti yang membakar amarahmu,
walau aku tidak buat apa-apa,
kerna ini aku berdiam,
kerna ini aku rindu dari jauh,
kerna ini aku intai disebalik dinding,
kerana aku tidak mahu kau marah,
kerana aku tidak mahu menjadi arang yang membara dirimu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home