Monday, February 27, 2012

Riak

terukir satu sindiran,
pada mereka yang inginkan perjuangan,
namun riak terpancar,
jangan jaguh pada kata dan pena,
lihat kekosongan diri sendiri,
pasti engkau buta,

jangan kata mereka yang lemah,
kerana agenda mereka kau tidak tahu,
tidak salah meniup penyeru,
untuk semangat menjulang tinggi,
lihat juga masa dan alam mereka,

kau lupa selepas nikmat,
jika riak mula menyerap,
nikmat pasti akan hilang,
syukur dibalas dengan tunaian janji,
sudah kah kau laksanainya?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home