Thursday, May 19, 2011

Hati putih disalutkan Hitam




berbicara tentang hati,

ketika matahari terbenam,

adakah kau tahu mengapa?

atau cuma andaian semata,

mereka tidak faham kenapa?,

kerana detikan kita tidak selari,

mulut bisa bernyanyi riang,

yang ditikam nama kita,

cuba akal bersatu maju,

pasti mereka kenal lagu,

maka merdu berhenti berlalu,

kerana mereka menyanyi seirama,



aku tahu kau keliru,
pertanyaan menari pilu,
mencari jawapan yang tiada pudar,
dunia mu bagai diputar,
ya aku kau ibaratkan racun berbisa,
tapi aku cuma penawar duka,
cemuhan pahit aku rela,
masa depan mu lebih terbela,
mereka tidak nampak, arjuna,
mereka tidak nampak deritamu,
mereka nampak jahat mu,
tapi keiklasan mu?


tidak mengapa pelayar dunia,
biar mereka menconteng kanvasmu,
kerana sisi mu masih putih,
disitu kau tulis wasiatmu,
ketika masa mu berlalu,
mungkin mereka sedar dari benci,
baru mereka tahu Cinta sebenarmu.

Monday, May 9, 2011

Bicara Hati

Mahu tapi malu,
Malu tapi ragu,
Ragu jadi pilu,
Pilu jadi rindu,
Rindu tapi bisu,
Bisu terus berlalu.

Wednesday, May 4, 2011

Hikmah Disebalik Perpisahan

Aku pergi kerna ada sebab,
bukan omong kosong,
atau cinta berbagi,

Aku pergi kerna sayang,
bukan benci,
atau cinta tiada lagi,

Aku pergi untuk mu,
bukan kerna aku,
atau cinta palsu,

Aku pergi untuk kita,
bukan kerna mereka,
atau cinta dia,

Aku pergi tanpa benci,
bukan ingin kau membenci diri ini,
cuma percaya pada tentuan Nya,
kerna aku juga terluka.