Wednesday, August 21, 2019

Sejarah Ku

masih aku ingat kali pertama
ketika itu kita masih muda
baru berkenalan
aku jatuh cinta
tak tahu apa
yang tersimpan

kembali balik ke zaman dulu-dulu
ketika aku kenali mu
kau aku fikir akan selama nya
tapi kita hilang buat selama nya

ketika aku di uni pula
kau hadir bagai halilintar
dunia ku kau buat berputar-putar
merasa apa erti dusta

kembali aku ke tanah tercinta
kau dan aku berlumba
walau kalah kau aku cinta
hidupku bagai di syurga
lebih lima tahun kita berjaya
namun kecundang jua
kita terlampau muda
tapi sampai sekarang aku ingat juga

tiba masa kau ketuk pintu hatiku
ketika aku sedih kau fahami aku
kita macam serasi
tapi hidup kita tak bererti

jauh dari daerah ku
aku temui kamu
ku ingatkan segala pesanmu
namun kau terlalu fikirkan status mu
aku berharap sepenuhnya
tapi ia sementara

kau datang akhir nya
membawa harapan dunia
akhirat aku janji mu syurga
kita lahirkan hasil cinta ke dunia
tapi kau mudah berubah
selepas aku berikan segala nya
namun kau tidak puas
kau ingin aku lepaskan
dengan hati berat aku ikuti hajat mu jua

berakhirlah harapan
walau zuriat itu rahmat dari Nya
dialah segala bagi ku
walau dalam hati kaku
membawa aku untuk terus hidup
membahagiakan mu aku sanggup
harap jasa tidak kamu sia-sia
anak kesayangan ku sentiasa

nanti bila jasad ku tinggal satu
aku kau kuburi
walaupun hidup ini tidak adil
kau perlu tahu bersebab lagu itu dinyanyi