Monday, July 18, 2011

Selamat Tinggal (Warkah Terakhir)

aku telah melangkah pergi,
tidak akan berpaling lagi,
kau aku anggap satu pengajaran,
kau aku anggap satu illusi,

jangan kau menyesal,
itu adalah pilihan mu,
jangan kau mula melatah,
itu adalah pilihan mu,

aku menutup pintu ini buat selamanya,
tiada lagi ruang untuk kau dalam hidupku,
semoga kau gembira dalam sepi,
selagi buta dimata jangan dihati,

ini yang kau mahu,
senyum lah dan jangan bersedu,
tiada lagi tempat kau bersadu,
carilah Kawan bukan aku,
kerana aku bukan kawanmu.

Sunday, July 3, 2011

Yang Sakit Pasti Mendengar Apa Sahaja

Mereka merasa yang mereka adalah mangsa,
Mereka merasa yang mereka telah di sakiti,
Mereka merasa yang mereka adalah benar,
Mereka merasa yang mereka telah dianiaya,

Mereka memekakkan telinga,
Merelakan hati di butakan,
Akal di ketepikan,
Mata ditutup rapat,

Buka lah matamu sayang,
Kau harus melihat melepasi hati,
Kau harus memahami melepasi akal,
Kau harus letak dirimu didalam bingkaiku,

Kau biarkan mereka mengata,
Kau biarkan mereka mencaci,
Kau biarkan mereka membuat kau membenci,
Kau biarkan mereka menutup hati,

Ia bukan satu kesilapan,
Ia satu yang membuka mata kita,
Ia satu ilmu rohani,
Ia satu nuklimat hati,

Aku tahu kau lebih cerdik dari itu,
Aku tahu kau lebih kuat dari itu,
Aku tahu kau lebih hebat dari itu,
Aku kecewa kau mula hanyut mengikut perasaan mu.