Wednesday, March 30, 2011

Wajah







muka memberi ekpresi,

adakala nya ia menunjuk riaksi,

adakala nya ia menunjuk isi hati,

adakala nya ia menjadi seniwati,

ketika mulut senyum,

hati pula menangis,

tiada siapa yang tahu maksud sebenar,

bagai lakonan diatas pentas,

walau seniman berlakon,

namun airmata hati bercurah-curah,

bukan niat bermain cereka,

tapi tidak mahu menjadi peluka,

setia tetap setia,

tapi hati masih berdarah,

cemburu pada pujangga,

puteri memberi tahta pada si dia,

sanggup berlabuh jauh merentasi gelombang,

untuk bertemu mata,

tapi ketika sejarah bermula,

tiada si putera menerima kesanggupan,

namun putera gembira dalam tangisan,

ditujukan doa setia bahagia,

walau ditikam bertumpah darah,

tetap di aminkan kerana cinta,

biar berluka hingga kemati,

muka tetap senyum walau hati dilukai.

Thursday, March 24, 2011

Dunia Yang Nyata

Ada ketika kau berbicara lembut,
ada ketika kau menjadi dingin,
aku tidak faham apa yang kau mahu,
aku lebih suka jika kau diam,

adakah kau takut?,
bicara kita berubah menjadi sejarah,
adakah kau keliru,
dalam perdebatan hati,

aku mampu berdiri,
kerana dia ada disisi,
aku tahu kau takut,
tapi semua sejahtera,

Jangan risau,
bumi ini masih ada,
tanah ini masih segar,
kerana aku telah sedar.

Thursday, March 17, 2011

Bangkitlah Semula


Aku lemah kerna nafsu,
aku tamak kerna harta,
aku lupa kerna alpa;
aku sedih kerna apa?,

Syiling emas ku buang,
bagai tiada nilai nyata,
namun ia tiada ganti nya,
ia lesap sekelip mata,
aku lupa harga dan nilai nya,
Kenapa aku jadi begini,
terlalu rendah martabat diri,
terlalu buta hingga ke mata hati,
terlalu hina tak terhingga,
Masihkah ada harapan untuk berubah,
mampukah aku mengangkat bendera maruah,
aku palit tanah ke muka ku sendiri,
aku mahu menyapu air suci kembali,
Aku ingin berubah,
aku ingin kembali,
aku ingin ketenangan,
aku ingin kesejahteraan,
aku ingin maju,
aku ingin diri ku.

Monday, March 14, 2011

Kehidupan Kematian Dunia

Derita itu satu muka dalam naskah hidup,
situasi yg menjadi guru ilmu,
kita manusia menjadi pelakon pentas,
menari-nari mengikut liku kehidupan,
yang irama nya tidak semerdu suara,

Ahli fikir memberi pendapat,
pena menjadi sejarah,
mereka menjadi landasan,
kita bagai gerabak,

Menanti itu satu mimpi,
kemenangan itu kesedaran,
lantas badai itu bunga yang mekar,
illusi pula adalah permainan minda,

Kita hirup udara ini,
ia masuk kedada lalu keluar,
nyawa ini diteruskan,
sehingga udara menjadi bosan pada kita,

Dikala ia pergi,
kita kembali,
menjadi hamba yang lupa,
kerana dunia bermain bersama kita,

Yang pergi biar pergi,
pasti suatu saat kita bertemu kembali,
ketika itu kita satu,
makhluk hina yang satu.

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita berharap,
Namun ia bukan untuk aku,
Ucapan itu aku harap dituju untuk mu,
Namun aku sedar
apa yang aku harap itu hanya fantasi,

kenapa?,
aku rimas,
aku lelah,
aku bagai ingin bersuara,
tapi suara ku tersekat.