Monday, July 27, 2009

Mimpi Kesyukuran (Doaku supaya ia menjadi nyata)

mata bulat memerhati,
bagaikan pelakon jepun yang bijak berbicara,
kulitnya cerah,
macam ibu nya,
namun rambut nya tebal tapi sedikit kerinting,
bibir tebal macam ayahanda nya juga.
minat melukis dan menyanyi,
ketika ayah nya membaca puisi,
dia pasti di pangkuanya,
mendengar nasihat untuk bekalan di hari tua,
si ibu mengajar erti berdikari,
si bapa mengajar erti seni,
walaupun masih kecil minda sungguh geliga,
sudah pandai menulis juga mengira,

ketika itu mereka di taman,
si bapa tekun melukis diatas kanvas,
si ibu rajin menyediakan makanan,
si anak riang bermain sambil berlari,
dunia mereka sungguh besar untuk eksplorasi,
mahu juga dia membantu ibunya,
menyusun juadah,
untuk mengisi perut yang lapar,

si ibu membisikkan sesuatu,
perlahan-lahan mereka berjalan,
menuju si bapa yang tekun melukis,
permandangan indah lagi suci,
didakap dari belakang oleh dua insan yang tercinta,
perasaan bersyukur mengalir di hati,
dua insan pemberian Illahi,

ketika itu juga aku terbangun,
dalam kegelapan di kamarku,
tersentak sementara,
degupan jantung masih laju,
alangkah gembira nya jika ia dunia nyata,
namun sebelum aku kembali melelapkan mata,
aku bersyukur kepada mu Illahi,
memberi sedikit ruang untuk merasa,
kebahagiaan yang tak pasti,
walaupun ia hanya seketika,
akan aku hargai selama nya.....

Sunday, July 26, 2009

NAI (Nor Aaron Iskandar)

NAI, didikan penuh kau terima,
dari mula kau bertatih sehingga dirimu menjadi belia,
menjadi insan yang mulia,
didikan agamamu cukup untuk bekalan hari tua,
termasuk kasih sayang ibu dan bapa mu juga,
kau harapan kami di hari tua,
menjadi anak yang soleh,
menjaga 5 waktu nya,
menghormati orang tua mu,
dan adik kakakmu,
menjadi kebanggaan kami dalam ilmu hidup mu,
tiada sia-sia kau menuju menara gading,
menjadi orang yang berjaya tak perlu di banding,
tidak lupa jasa kami yang telah tua,
apabila masa kau pula berumahtangga,
tapi kami tidak kau lupa,
apa bila kami pergi,
pasti dengan gembira,
NAI,
walaupun kau adalah anak impianku,
walaupun kau adalah harapan ku,
namun jika ia hanya illusi,
aku bangga menjadi bapa mu.

Kenanganku

Pertama kali aku melihat nya,
aku kelu, keringat mengalir dan jantungku berdegup kencang,
selepas itu lirikan mata nya membuat seluruh badanku kaku,
dia tersenyum, ketika suara rakan ku menggamit suasana kuliah,
menunjuk arah tentang pemainan pentas, dia datang bersama rakan nya,
dengan rambut kerinting mengurai, namun ada sesuatu yang tidak aku faham,
mengenai dirinya yang membuat aku tertanya, membuat aku ingin mendekati nya,
gelak tawa nya membuat hati kecil ku tersenyum, walaupun tidak dia sedari,
aku mencuri pandangan, namun aku cuba untuk mencari jalan untuk mendekati nya,

peluang tiba ketika aku ingin menghantar kereta,
bicara ku tertip bagai diatur didalam naskah pentas,
sehingga kini jika aku mengingati nya,
pasti ia membuat aku tertawa,
jantungku terhenti ketika dia berbicara,
tidak dapat aku menahan rasa gembira,
setelah aku berusaha,
dirinya berjaya ku sunting,
bagi ku itulah pertama kali aku merasa,
sesuatu yang dimana kan cinta,
aku bersumpah, kali ini akan aku jadikan abadi,
akan aku benar-benar berusaha,

ini bukan satu illusi atau fantasi,
berbagai onak duri yang aku harungi,
tomahan dan dengki aku selami,
hanya untuk menjadikan ia satu realiti,
aku berusaha,
biar aku berdiam diri,
bukan kerana tidak mahu memberitahu,
cuma aku tidak mahu kau disakiti,
biar aku rasa sakitnya,
namun kau pergi juga,
ingin aku cerita padamu segala,
namun kau tidak dapat menerima,
tidak mengapa sayang,
biar aku merasa sakit ini,
walaupun aku telah tewas di medan perjuangan ku,
untuk membina kebahgiaan dengan mu,
tidak mengapa sayang,
aku tetap akan menunggumu,
aku tetap akan menunggumu,
aku tetap akan menunggumu,
sampai peluang itu milik ku,
samapai ajal menyeruku,
sampai aku hanya tinggal memori,
kerana usaha aku terlalu besar untuk di persia,
kerana Cinta aku adalah Benar!

Cinta Sejati

tiada air mata,
tiada tawa di bibir,
aku sendiri,
sampai akhir,
jika masih ada harapan,
akan aku biar kan ia terkubur,
kerana aku mahu,
ia mati bersama ku nanti,
kau segalanya bagiku,
kau nyawa dalam jasad ku,
memenuhi hidupku,
kau yang buat aku terus hidup,
tapi kini kau tiada lagi,
aku bagai mati,
terkapai dalam sepi,
menanti sesuatu yang tak pasti,
sesuati yang tidak dapat di akhiri,
kerana ia bagiku amat suci,
kerana bagiku ia CINTA SEJATI

Tuesday, July 14, 2009

jangan memperalatkan cinta

apa sebenarnya yang kau mahu,
bibir berbicara manis,
hati tiada sapa yang tahu,
mengapa harus kau sakiti diri ku lagi,
ku baca naskahmu,
berkecai hati bila ia bagaikan cermin,
lain kata mu,
lain lagi laku mu,
aku juga punya perasaan,
kau mahu diri nya,
jangan kau mempermainkan hati nya,
jangan ada harapan untuk nya,
atau untuk ku,
walaupun aku setia meninggu mu hingga ajal ku,
tetapi aku bukan barang permainan mu,
aku manusia, dia manusia dan kau manusia,
kau harus mengerti,
ajal ku ini tidak lama lagi.

Sunday, July 12, 2009

fikiran ku bercelaru

hari ini seperti biasa,
hari berlalu bersalut bisa,
menahan sakit,
sakit di hati,
jauh disanubari,
aku setia menanti,
cinta aku ini adalah yang sejati,
pasti tiada dua atau tiga,
jika aku janji sampai mati,
sampai mati juga aku menunggu,
kerana aku bukan seperti mereka,
ada kalanya sesuatu itu dilakukan untuk kita,
tidak perlu menjadi pertanyaan,
ia adalah untuk kita,
untuk kita menjadi kuat,
supaya kita mampu menenpuh apa sahaja,
namun dikau pergi jua,
aku tidak mampu menerima rialiti ini,
sekarang jiwa ku telah mati,
semakin pudar dalam illusi,
setiap hati aku pasti belayar,
dengan bahtera yang nakhoda nya tiada nama.

Monday, July 6, 2009

Mengapa?

mengapa harus aku jadi begini?,
berlakon untuk menjadi orang lain,
hanya untuk mendekati mu,
aku tahu aku tiada di hati mu lagi,
tiada lagi tawa mesra kita berdua,
hanya di sini sahaja,
mampu aku memerhati,
menahan hati yang makin hancur,
hancur kerana tidak lagi memilik mu,
tidak mungkin mendengar ketawa Aaron iskandar,
tiada lagi bermanja bersama Emylia,
tiada pelukan manja ketika menonton wayang,
mengapa aku tidak dapat mengatur langkah lurus,
aku terumbang ambik,
semua tidak menentu,
adakan akal aku hilang,
adakah hidup aku begini sampai mati,
maaf bonda, maaf ayanda,
aku bersalah kerana menutup rapat pintu cinta,
aku berjanji akan menjaga kamu sampai bila-bila,
kerana sekarang aku hanya ada kamu,
walaupun kamu memarahi aku,
aku tahu aku bersalah,
aku korbankan ganerasi ku,
untuk membuktikan betapa benar nya maksud cinta,
bertapa benar nya kata-kata ku,
bertapa jujur nya hati ku,
bertapa ikhlas nya tindakan ku,
bertapa cinta ku itu sejati dan suci,
hanya untuk mu,
namun dari jauh sahaja mampu aku melihat mu,
yang membuat hati ku ingin mendakap mu selama nya,
mengapa harus ia jadi begini,
mengapa?

Sunday, July 5, 2009

Sumpah Orang Yang Menyayangi Diri Mu

Ada kalanya kamu tidak sedar,
Yang ada orang memang menyintai,
Walaupun dia telah disakiti,
Kamu inginkan kasih sayang,
Namun keegoan mu mengaburi,
Merintih kasih,
Menagih kasih,
Tapi diri ini,
Tidak ingin kamu menatapi lagi,
Selisih faham,
Memang adat percintaan,
Kerana cinta itu bermaksud,
Memaafi ikhlas kejujuran dan setia,
Aku disini masih menyintai mu,
Walau aku tiada lagi dihati,
Di sini setia menunggu mu sehingga mati,
Sehingga kau memaafkan aku,
Kerana bagi ku hanya kau di hati,
Itu sumpah aku dulu,
Dan akan aku pegang sehingga kini dan selama nya,
Kerana cinta aku ini,
Adalah cinta sejati.

Thursday, July 2, 2009

Reality Hurts

Woke up this morning,
Wondering where in the world is she,
Walk to the door,
There she is,
In the kitchen preparing breakfast,
Walking slowly to her,
hug her from behind,
And give a kiss on the forehead,
Whispers in her ears,
"I love you forever",
She kisses back,
On the cheek,
Had breakfast,
Took bath,
She ask,
“Where are we going, dear?”
“To the park my love”,
Answered,
She smiles with a lovely smile,
The world paused for a second,
What a wonderful feeling,
Eyes opened,
Wondering where in the world is she,
Walk to the door,
Where is she?
Realizing that she is not there anymore,
I cried……

Bits of the big picture....it came together

putting together the picture,
its show how the story reveal itself,
smile in the face,
but tears running in the heart,
i hate the plot,
but it is the reality of life,
every day is just the same,
hate and loving,
acting and aching,
from far now i watch,
how it is true,
that the life is now lonely,
Yes, happiness is everywhere,
seeing that other people are happy,
is what makes me happy,
that bits of happiness,
fuel my steps forward,
like a train that stops at every station,
momentarily rest the sadness in my soul,
scared for life i am, hurt every minute,
dying every second,
can’t look for love anymore,
every time i see one,
the pain in my heart begin,
it is my kryptonite,
i am tied to a oath,
oath that I said from my heart through my mouth,
so I shell keep to my words,
until there is really someone that can open back the door,
i will be in the deepest and darkest place in me,
only to watch the world at play.