Friday, December 30, 2022

RASA

setiap hari aku bermimpi,

badai ku rempuh,

ombak ku renangi,

namun hati ini masih terluka,

bila luka ini akan sembuh semula,


aku tahu sipnosis ini tiada noktah,

bisa dikata dalam mimpi,

tapi hidup kita realiti,

yang sakit tidak pasti di ubati,


jangan pernah ucapkan kata,

yang bisa memberi harapan sahaja,

mana inti pati rasa,

hanya omong kosong yang dilempar,

biar aku mati dalam rasa.



setahun telah berlalu

namun mengapa hati ini masih lagi sedih

jejakku terus di lajukan

namun masih jiwaku tertinggal

dalam kegelapan aku menggapai

mencari pintu kebebasan

untuk aku keluar dari kesakitan ini

tiada cahaya untuk menunjukkan jalan

genggamkan lah tangganku

ketika aku menghulur nya

bawa aku untuk mengenal erti cinta

tanpa ada kesakitan yang perit itu

wujudkanlah ingatan yang gembira

buat aku dan kau

supaya luka yang dalam ini 

sembuh sempurna bersama kau



Wednesday, August 21, 2019

Sejarah Ku

masih aku ingat kali pertama
ketika itu kita masih muda
baru berkenalan
aku jatuh cinta
tak tahu apa
yang tersimpan

kembali balik ke zaman dulu-dulu
ketika aku kenali mu
kau aku fikir akan selama nya
tapi kita hilang buat selama nya

ketika aku di uni pula
kau hadir bagai halilintar
dunia ku kau buat berputar-putar
merasa apa erti dusta

kembali aku ke tanah tercinta
kau dan aku berlumba
walau kalah kau aku cinta
hidupku bagai di syurga
lebih lima tahun kita berjaya
namun kecundang jua
kita terlampau muda
tapi sampai sekarang aku ingat juga

tiba masa kau ketuk pintu hatiku
ketika aku sedih kau fahami aku
kita macam serasi
tapi hidup kita tak bererti

jauh dari daerah ku
aku temui kamu
ku ingatkan segala pesanmu
namun kau terlalu fikirkan status mu
aku berharap sepenuhnya
tapi ia sementara

kau datang akhir nya
membawa harapan dunia
akhirat aku janji mu syurga
kita lahirkan hasil cinta ke dunia
tapi kau mudah berubah
selepas aku berikan segala nya
namun kau tidak puas
kau ingin aku lepaskan
dengan hati berat aku ikuti hajat mu jua

berakhirlah harapan
walau zuriat itu rahmat dari Nya
dialah segala bagi ku
walau dalam hati kaku
membawa aku untuk terus hidup
membahagiakan mu aku sanggup
harap jasa tidak kamu sia-sia
anak kesayangan ku sentiasa

nanti bila jasad ku tinggal satu
aku kau kuburi
walaupun hidup ini tidak adil
kau perlu tahu bersebab lagu itu dinyanyi




Wednesday, January 2, 2019

aku tahu...

Aku dah tak tahu apa nak aku buat
keadaan macam runtuh pada dada aku
sesak jiwa aku
kalau tiada perasaan cinta kenapa kau tahan aku.
kamu yang inginkan perpisahan
tetapi mengapa kau masih menahan aku?
kalau dah benci pergi pada mereka yang berilmu
minta nyatakan perpisahan kita
bukan aku yang pinta berpisah
tak akan aku turun sehingga mereka seru
cuma aku luluh melihat cahaya cinta kita
 dia berhak pada kegembiraan
namun aku masih bertahan masjid yg aku bina
namum ego mu itu menebal
namum benci mu itu mengeras

Wednesday, March 21, 2018

BAHAGIA JIKA DI BAHAGIAKAN

ada masa nya aku ingin benar merasa air tangan cinta ku,
namun aku rasa tiada,
ada kala ingin benar aku merasai kasih sayang,
namun aku rasa semakin pudar,
adakah dia benar-benar masih menyintai,
atau sudah menjadi ilusi,
aku tertanya,
namun masih tiada jawapan,
buntu,
segala inginan aku persembahkan,
walau harus di gali,
namun tiada balasan,
bukan banyak, namun ingin rasa kasih sayang,
iri hati sangat pada sejarah,
makin bahagia, 
merasa kasih sayang,
merasa air tangan,
tiada lenguh, tiada kecapekkan,
cuma ingin merasa dalam dakapan,
aku juga manusia,
raungan aku tiada kedengaran,
kenapa ini berlaku,
adakah bunga punya kumbang lain,
adakah aku boneka mainan,
longlai jiwa,
harus kah aku terus dalam pelukkan dosa,
aku manusia punya perasaan,
makin lemah jasad ini,
ada siapa yang sudi mencapai tangan aku ini,
ada yang sanggup walaupun tahu keadaaan ini,
aku sanggup membahgiakan kalau aku dibahagia.

Sunday, May 15, 2016

SEGELAS TEH DAN SEBATANG ROKOK

SELAMAT PAGI,
DARI JIWA YANG MENCARI KETENANGAN,
MENGHIRUP TEH BERSAMA SEBATANG ROKOK,
KINI MENJADI TEMAN,
UDARA YANG SEJUK,
NAMUN TIADA TENANG,
PASTI JIKA DUA-DUA TIADA,
JIWA TIADA RASA,
TENANG,
MUNGKIN INI YANG TERAKHIR,
MUNGKIN INI SATU PERMULAAN,
PASTI MEREKA BUTUHKAN JASAD,
TAPI PERJALANAN INI MASIH PANJANG,
TETAPI SUNYI,
SEORANG DIRI,
TIADA PASTI.


ASHODA SANG KENYALANG

SELAMAT MALAM

SELAMAT MALAM,
HARAP KAU LENA,
SELAMAT MALAM,
HARAP ESOK SEGALA HANYA MIMPI,
SELAMAT MALAM,
HARAP ESOK KAU MASIH MERASAI,
SELAMAT MALAM,
HARAP ESOK KAU DI SISI.

ASHODA SANG KENYALANG